Wednesday, November 3, 2010

~sAyaNg mEreKa~


~tokwan tersayang~



Ibu memaksa menyuruh alitayS menjaga tok wan di kampung.. lalu hati alitayS memberontak.. ingin merajuk pada ibu.. tapi rajuknya tidak lama..

Kaklong memujuk.. “alitayS, pergi la jaga tokwan..kesian kat tokwan, duk sorang- sorang..”

“ Tapi alitayS tak pandai jaga..memasak pun tak pandai.. nanti nak masak apa kat tokwan.. nasib baik pandai kemas rumah cikitcikit..huhu..dah la internet takde nanti bosan, nanti malammalam pulak takuuut hantuu..” (hmmm..) 

“Ala..masak gitugitu je..goreng ayam, goreng ikan, masaak telur dadar.. tu je..senang je…bukan buat apa sangat pun..temankan tokwan je..biar tokwan tak rasa sorangsorang macam biasa..”

“ Hmmm…ok..lagipun duk kat rumah tak buat apaapa.. duduk ngan tokwan buleh jugak borakborak dengan tokwan.. hihihi..”

Ngeee..

Hidup ini bukan untuk hidup untuk kita sahaja.. kadangkadang kita kena hidup untuk orang lain.. Bukan kita kena kisahkan kebahagiaan kita sahaja..kadangkadang kita kena hidup untuk membahagiakan orang lain juga..bukankah hidup manusia tidak akan sempurna tanpa manusia lain disekeliling? ^__^

Sepatutnya saya bersyukur punya tokwan yang masih boleh saya curahkan rasa sayang..
 Sepatutnya saya berterima kasih pada tokwan dan opah kerana menjaga dan mendidik ibu dan bapa dengan penuh kasih sayang sehingga melahirkan seorang ibu dan seorang bapa yang terbaik untuk saya..
Dan sepatutnya saya menghargai tokwan..
Dan sepatutnya saya membalas jasa tokwan yang tiada ternilai..
Dan sepatutnya saya sentiasa mendoakan kesejahteraan tokwan setiap hari bersamasama doa kepada ibu dan bapa saya..
Dan sepatutnya saya menghargai masa yang Allah beri ini untuk mencari tarbiah diri di saat masamasa bersama tokwan..



 >> s a y a    n a  k   j a d i   c u c u   y a n g   b a i k <<

Bila kita tuatua nanti, bila dah jadi tok wan, bila dah jadi opah, jadi la kita sama seperti keadaan tokwan dan opah kita sekarang.. makanminumnya kadangkadang terlupa, nama cucucucunya yang ramai itu tidak juga teringat walaupun diberitahu berulangulang kali.. cucucicit kadangkadang berlari berkejarkejar memekik keliling kampung, kadangkadang mengganggu ketenteramannya, lalu dimarahnya cucucicit itu..bukannya tidak sayang pada mereka, padahal dia juga yang sering memberi gulagula, yang sering membelai setiap kali merekamereka itu pulang ke kampung.. tetapi kerana usianya semakin lanjut..satu persatu ingatan manis dan pahit menghilang.. kita juga pasti begitu..
 
"Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk ( hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanakkanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada diantara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering,  kemudian apabila  Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuhantumbuhan yang mercup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenisjenis tanaman yang indah permai.." (22:5)


Menghormati ibubapa dan menjaga mereka itu satu tuntutan, bagaimana menjaga tokwan dan opah? Ia juga satu tuntutan untuk berbuat kebaikan kepada mereka seperti mana Rasulullah memerintahkan umatnya menghormati warga tua..

“ Bukanlah daripada kalangan kami sesiapa yang tidak memuliakan golongan tua dikalangan kami..”

Dan beginilah juga ibubapa kita akan menjadi.. sanggupkah kita menjaga mereka dihari tua? Tatkala melihat, mendengar anakanak meninggalkan ibubapanya di pusat warga emas, kita menggeleng, mengutuk perbuatan si anak.. tapi bila mana tiba saat kita, mungkin kita seperti anakanak itu? Ya Allah, moga tidak jadi begitu. Ya Allah, walau bagaimana melarat keadaanku dimasa dewasaku, walau semewah mana kekayaanku dimasa dewasaku nanti, moga aku tidak lupa pada mereka, moga mereka tidak aku tinggalkan sendiri, yang sedari kecil hingga kini menjaga anakanak mereka, moga aku sentiasa dibawah bimbinganMu..




>> s a y a   j u g a   n a k   j a d i   a n a k   y a n g   b a i k <<

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku,jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
( doa untuk ibu dan bapa)


>> I  l o v e   m y   p a r e n t s   a n d    I   l o v e   t o k w a n  << 


s a y a r i n d u i b u d a n b a p a 
h u h u s u d a h l a m a t i d a k k u l i h a t w a j a h m u i b u
d a n w a j a h m u b a p a  


H I H I H I H I
..Hidup penuh dengan tarbiyah.. ^__^
monolog: kalau tak pandai jaga tokwan, macam mana nak jaga ibu bapa nanti?

(apa yang ditulis ni?hmm..sori)

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. arrrgg... kat tengah dan bahagian doa tu dah membuatkan ana tersentuh hati.. huhuh dah lama dah tak rasa cam nie.... dgn ditambah pulak background music cam nie membuatkan hati ku ni tersentuh... tp hati ni masih keras juga..

    "Ya ALLAH ya Rahman Ya Rahim Lapangkan lah dadaku, permudahkanlah urusanku dan lebutkanlah hatiku supaya ku dapat mengenaliMu dan MencintaiMU lebih daripada segala2nya... Ku tahu CINTA Mu adalah CINTA yg paling AGONG dan tiada CINTA yg boleh menandingi CINTA Mu...aku Cinta pada Mu Ya ALLAH.. Ak Rindu pada Kasih Sayang dan Cinta Mu ya ALLAH... jangan lah Engkau jauhi dari ku,ak perlukan Engkau dikalau aku Suka dan Duka.." Ameen ya Rabbalalamin... -_-

    ReplyDelete
  4. "Ya ALLAH ya Tuhankami, Ampunilah kami dan kedua ibubapa kami serta rahmatilah akami dan kedua ibubapa kami sebagaimana mereka kasihi kami sewaktu kami kecil, dan juga(ampunilah) semua orang muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, samaada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dengan Rahmat-Mu, Wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani"

    ReplyDelete
  5. alamak..comment from atan dah terdelete sendiri.. huhu

    ReplyDelete
  6. bukan atan tp atai.. actualy atai tu member sy.. tersilap guna dya punya akaun tu yg delete tu huhuhu....

    ReplyDelete
  7. 0ooooooooooooooooooooooooooo i c..

    ReplyDelete