Saturday, December 4, 2010

~ laptop dan games ~

~ laptop dan games ~


Adikadikku…..

Kakak sayang adik semua…
Wahai adikadikku,
Jangan terlalu asyik bermain games, bermain laptop,
Jangan kamu lalai,
Jaga solatmu, jaga bacaan al-Quranmu,
Kamu tidak tahu apa yang diluar sana,
Cuba mengetuk dan membelasah minda kamu,
Sama seperti game perang counterstrike yang kamu main itu,
Tetapi kamu tidak lihat ia yang jahat itu,
Jom jom adikadik,
Tutup laptop, tutup ps2, tutup tv,
Kita buka al- Quran, kita buka kitab, kita buka lembaran sejarah,
Kita belajar,
Tidakkah kamu cemburu ada insaninsan se’batch’ kamu,
Berjaya mengkhatam al-Quran, mempelajari kisahkisah nabi setiap hari,
Atau kamu lebih bangga mendapat first place dalam rally game?
Namun kakak senang melihat tangismu memahami,
 tatkala kakak dan abangmu berbicara soal hati perasaan ibu dan bapa,
Kamu mengerti,
Dan kakak bangga tatkala kamu berjanji berperibadi kepada mereka ibubapamu,
Dan iYa, kakak juga terkadang terleka begitu,
Mari kita belajar kita ubah bersamasama..
Mengenal Allah dan Rasulullah,
Supaya adikadik kelak dapat memahami kematangan,
Supaya adikadik kelak boleh menjadi seperti Muadz bin Amr, juga seperti Zubair bin Awwam
Mengheret pedang di medan jihad tika usia sebayamu, memahami hidup,
dan ia tidak mustahil,
Supaya keluarga kita bisa menjadi keluarga yang soleh,
Keluarga yang dilindungi Allah dari segala kejahatan,
Dan menjadi sebuah keluarga yang memantulkan peribadiperibadi Al- Quran dan As-sunnah,
Moga ia menjadi kenyataan, amen..
mari kita berusaha bersamasama..
0ooh, dah maghrib, jom adikadik kita bersiap, bapa sudah berteleku di sejadah,
Menunggu kita untuk solat berjemaah.. jom.. (^__^) 

“Wahai orangorang yang beriman! Peliharalah diri dan keluarga kamu dari neraka yang bahanbahan bakarnya daripada manusia dan batu…..” (66:6)

"Tidak sama sesuatu yang buruk dengan yang baik walaupun mengkagumkan engkau banyaknya yang buruk, maka bertaqwalah kepada Allah, wahai orang yang mempunyai akal fikiran supaya kamu mencapai kejayaan." (Surah al-Maidah : 100)

_____kita remaja yang bagaimana?________

(kadangkadang terasa nak baling je ps2 tu dari tingkat 20, 
terasa sangat puas kalau dapat melihat kehancuran ps2 
menjadi cebisaancebisan..hihi)

-----Sebuah monolog-----

“Tak nak kawin boleh?” Kata mereka..
alitays terdengar perbualan antara adikadiknya, shah dan ferre (diterbalikkan)..
shah, ingat perjanjian kita..bila dah besar nanti, kita kerja, pastu kita beli rumah, pastu kita duduk situ samasama..hidup bahagia.. tak yah kawin ek..tak suka la..bukan best pun..kan kan..”
lalu alitays menyampuk.. 
“nak join jugak boleh?” “mana boleh..kami baru ingat nak tempah sorang anak lelaki kak alitays. nak suruh gali kubur kitaorang nanti..”
“ishish..macam tu pulak? Alaa..kan anakanak kaklong ngan abang ada? Kita suruh la anak depa..”
“a’aaa la.. betul jugak..hihihi..ok la..jom join..mari kita mula merancang..”
Ngiihii.. (merekamereka ini masih belum mengerti kowt) 

jega eotteohgehaeyahanayo?

~dubirubiru~


2 comments:

  1. jega eotteohgehaeyahanayo?
    apa maksud nya ?? dop paham lah

    ReplyDelete
  2. 'what should i do?'
    credited to g0oogle translate ;p

    ReplyDelete